Time Time Time |
Setiap wanita yang normal akan mengalami satu hari yang dinamakan sebagai Hari Subur atau Ovulasi, dimana pada hari tersebut telur yang subur dan matang akan menetas. Bila sudah tahu Hari Subur, maka persetubuhan hendaklah dilakukan pada hari tersebut
Hari Subur / Telur Menetas
Tandakan hari pertama haid anda dengan tanda warna merah.
Dari hari pertama kedatangan haid, bilang hingga keangka 14.
Hari ke 14 ini adalah Hari Subur atau telur mulai menetas.
Maka hari ini anda wajib bersama atau melakukan persetubuhan.
Sebagai contoh:
1. Jika haid anda
datang pada 1 haribulan, maka tarikh subur anda akan jatuh pada 14 haribulan.
2. Jika haid anda
datang pada 28 haribulan ( campurkan 13 hari lagi ) Ini bererti Hari Subur anda
adalah jatuh pada 11 haribulan.
3. Jika haid anda
datang pada 5 haribulan ( campur 13 hari lagi ), maka Hari Subur anda jatuh
pada 18 haribulan.
Mencuri Hari Subur
Sememangnya kita akui bahawa kebanyakan wanita akan
mengalami hari kesuburan pada hari ke 14 selepas kedatangan haid. Namun supaya lebih yakin
supaya cepat hamil, cuba anda mencuri satu hari sebelum hari ke 14 iaitu hari
ke 13 dan satu hari lagi lepas hari ke
14, iaitu hari ke 15
Ini bererti anda disyurkan supaya melakukan persetubhan
wajib selama 3 hari berturut-turut iaitu Hari ke 13, Hari ke 14 dan Hari ke 15
Persetubuhan Pada Hari-Hari Lain.
Hari-hari lain, sungguh pun dikatakan tidak subur, namun
tidak siapa yang mengetahui kehendak Allah swt. Bila mana Allah swt
berkehendakkan seseorang hamba Allah itu hamil, maka persetubuhan pada hari
yang dikira tidak subur juga, akan membuahkan kehamilan.
Sebab kadang-kadang telur / ovum boleh menetas secara
spontan, bilamana ia merasakan ingin dibebaskan dari follicle.
(Sumber: Homeo-Pathy)
(Sumber: Homeo-Pathy)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan