‘Cost-barrier’ mengurangkan akses rawatan IVF
kepada ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan
Kos perbelanjaan untuk rawatan IVF yang mahal kerapkali
menyebabkan ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan
tersebut atau mengetepikannya sama sekali. Ini sekaligus mengurangkan peluang
pasangan ini untuk membina keluarga dari baka mereka sendiri. Penangguhan untuk
menabung wang mencukupi kerapkali mengambil masa yang lama dan tanpa disedari
tahun bersilih ganti, umur pasangan wanita tersebut juga meningkat. Kajian
telah membuktikan yang umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan
kadar kejayaan IVF. Sukses IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita
berumur 35 tahun.
Bagaimanakah caranya untuk mencapai kos IVF yang berpatutan?
Kos IVF yang lebih berpatutan bertujuan agar lebih ramai
pasangan yang memerlukannya dapat melalui rawatan tersebut. Persoalan ini
sebenarnya sudah lama diperdebatkan dan pelbagai usaha telah dilakukan
terutamanya para doktor di negara yang sedang membangun. Harga IVF yang lebih
ideal, praktikal dan ‘accessible’ diperlukan.
IVFKU – ke arah IVF yang ringkas, berkesan dan
pada kos yang berpatutan
Program IVFKU adalah diharapkan dapat memberi peluang untuk
pasangan-pasangan Malaysia peluang untuk menjalani rawatan IVF pada kos yang
berpatutan. Untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. KLIK DI SINI.
Salah satu cara mengurangkan kos IVF ialah dengan mengurangkan
kos ubat-ubatan yang digunakan semasa IVF. IVF yang ‘low intensity’ ini
menggunakan regimen IVF yang khusus di mana penggunaan ubat-ubatan rangsangan
dalam bentuk suntikan dikurangkan. Oleh itu, pembentukan nombor telur yang
dapat dikutip semasa ‘oocyte retrieval’ adalah dalam kuantiti yang kecil tapi
berkualiti elok. Ini dapat memberikan mereka embrio terbaik agar dapat
memberikan mereka peluang cerah untuk membina keluarga mereka sendiri.
Pengurangan kos IVF juga disebabkan oleh pemantauan imbasan scan yang kurang
intensif diperlukan dan juga pengambilan ujian-ujian darah.
(Sumber : Dr.Natasya)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan