Khamis, 13 Mac 2014

Kebaikan Susu Kambing


Kebaikan lain susu kambing ialah :
  • Tidak menyebabkan alahan.
  • Membantu sistem imunisasi tubuh.
  • Bersifat alkali.
  • Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.
  • Membantu sistem penghadaman.
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, otot, sendi, kulit & tisu saraf).
  • Tidak mengandungi Protein Kompleks (Alpha-casein & Beta-casein Protein) yang menjadi penyebab utama alahan.
  • Molekul Lemak dalam susu kambing lebih halus & mudah dihadam berbanding susu lembu.
  • Proses pencernaan untuk susu kambing hanya memerlukan 20 minit sahaja berbanding susu lembu yang memerlukan lebih 2 jam.
  • Kandungan Asid Lemak Rantaian Pendek dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu.
Kandungan gizi dalam susu kambing lebih tinggi berbanding dalam susu lembu:
  • Protein 2.1 kali ganda
  • Kalsium 2.2 kali ganda
  • Zat Besi 2.0 kali ganda
  • Potasium 2.1 kali ganda
  • Vitamin A 3.8 kali ganda
  • Garam Galian 2.0 kali ganda
  • Selenium paling tinggi berbanding semua jenis susu

Khasiat Susu Kambing
  • Khasiat terpenting dalam proses pembentukan dan pertumbuhan jaringan tubuh manusia.
  • Kandungan protein dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu.
  • Penting untuk perkembangan sel otak dan sistem saraf. Pembentukan sel darah penawar racun (detoksifikasi – bahan kimia berbahaya yang masuk ke dalam tubuh).
  • Pembina protein & enzim (Otot, sendi, organ & pundi diperbuat daripada protein).
  • Gabungan Kalsium & Fosforus = Calciumphosphate, suatu komponen penting membentuk struktur dan kekuatan tulang serta beberapa fungsi tubuh yang lain.
Kandungan Kalsium & Fosforus dalam susu kambing adalah hampir sama dengan susu ibu dan melebihi daripada dalam susu lembu. Kepentingan kalsium untuk beberapa fungsi yang lain:
  • Mengeluarkan dan mengaktifkan banyak hormon
  • Membolehkan penggumpalan darah
  • Mengekalkan ketampanan otot dan mengawal pengucupan
  • Menstabilkan dan menyelenggara membran sel
  • Membolehkan saraf berfungsi dengan baik
  • Mengawal degupan jantung
  • Menyingkirkan toksin dalam kolon
  • Menurunkan tekanan darah
  • Membantu mencegah penyakit gusi dan keretakan akibat tekanan 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...