Khamis, 10 April 2014

Skim Bantuan Baitulmal Kuala Lumpur



Syarat Umum Permohonan :
  1. Beragama Islam
  2. Warganegara Malaysia
  3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari 1 tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan.
  4. Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah


Jenis-Jenis Bantuan :
Muat Turun Borang Permohonan

Atau 

Boleh didapati di alamat:
Bahagian Baitulmal, Bangunan Daruzzakah,
Lorong Haji Hussein 2, Off Jalan Raja Muda,
50300 Kuala Lumpur.


Had Al-Kifayah
Had al-Kifayah merupakan pengiraan yang digunakan dalam menentukan kelayakan pemohon untuk menerima bantuan zakat. Ia mengambil kira keperluan asasi yang diperlukan oleh seseorang untuk meneruskan kelansungan hidup. Bagi setiap elemen keperluan asasi, satu kadar yang paling minimum diletakkan.

Jumlah pengiraan Had al-Kifayah ini akan dikira sebagai jumlah perbelanjaan bulanan yang diperlukan oleh pemohon. Ia kemudiannya akan dibandingkan dengan pendapatan isi rumah pemohon. Sekiranya jumlah pengiraan Had al-Kifayah lebih tinggi daripada pendapatan, maka pemohon adalah layak menerima bantuan zakat.

 ----------->   Kalkulator Had Al-Kifayah


Coretan Yang Tidak Perlu Dibaca..
"Nasib Bantuan Baitulmal" yang di tawarkan oleh kebanyakan Majlis Agama Islam Negeri memang baik dan di sambut dengan sorakan dan sokongan yang tidak berbelah bagi!! masing-masing tidak senang duduk dan berlumba-lumba membuat apa sahaja permohonan yang difikirkan dapat memberi manfaat atau pulangan kepada diri sendiri dan keluarga DAN paling menariknya, walaupun ada segelintir yang sedar diri sendiri tidak layan memohon TETAP ingin mencuba nasib DENGAN pelbagai teknik-teknik yang difikirkan dapat membuatkan Pegawai Penilai TERPEDAYA....

Berbeza pula dengan "Nasib Bayaran Zakat" yang kurang mendapat perhatian dan dipandang sebelah mata sahaja oleh kebanyakkan KITA-KITA..Klik disini untuk Info ZAKAT

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...