- Masalah gangguan sperma yang tidak matang.
Kebanyakkan
masalah yang melibatkan kaum lelaki ialah tidak dapat menghasilkan sperma yang
normal, sperma yang bergerak bebas dengan mencukupi. Air mani lelaki
(mengandungi sperma dan cecair nutrient) yang dikatakan mempunyai kualiti
normal apabila terdapat lebih 20 juta sperma dalam setiap 1 mililiter (ml) air
mani. Walaupun untuk lelaki yang subur, kebanyakkan antara sperma mereka juga
mempunyai sperma yang tidak sempurna dan tidak boleh bergerak dengan betul,
tetapi mereka perlu mempunyai bentuk yang normal sekurang-kurangnya 30% dan
sekurang-kurangnya boleh mencapai 50% dari pada sperma tersebut yang boleh
bergerak dengan betul. Jika nilai tersebut tidak dapat dicapai, kemampuan
sperma untuk melakukan proses persenyawaan alah rendah. Bagaimanapun, jika mempunyai
sperma yang normal tetapi mempunyai masalah untuk berfungsi boleh menghindarkan
sperma dari menembusi telur juga. Keupayaan untuk menghasilkan sperma mungkin
berkurang berpunca dari jangkitan kuman semasa kanak-kanak. Pembuluh darah yang
membengkak pada alat kelamin lelaki boleh membawa kepada masalah kualiti sperma
yang rendah. Penyebab yang lain adalah gangguan hormon, tekanan perasaan,
faktor alam sekitar, Masalah keturunan seperti kerosakan pada genetik. Terdapat
jangkitan virus seperti selesema juga boleh membawa kepada kekurangan kualiti
sperma, tetapi hal ini selalunya bersifat sementara. Analisis Sperma diperlukan
untuk mengetahui punca masalah tersebut.
- Gangguan kepada pengangkutan sperma.
Dalam 4%
dari kes-kes ketaksuburan lelaki, air mani yang mencukupi dapat dihasilkan
tetapi tidak dapat memasuki dalam badan seorang wanita melalui ejakulasi kerana
salur duktus yang mengangkut air mani telah tersumbat. Situasi ini juga
mempunyai kesamaan dengan salur tiub fallopio yang tersumbat. Kemungkinan hal
ini terjadi disebabkan kesan melakukan pemandulan sebelum ini, tumbesaran salur
duktus sperma yang terbantut atau terdapat parut tisu yang menyebabkan
tersumbat, selalunya ia disebabkan oleh jangkitan kuman pada tempat pembiakan
sebelum ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan