Isnin, 21 April 2014

ANALISIS "NORMAL VALUES OF SEMEN VARIABLES'

Sperma

Analisis Sperma yang tidak normal mungkin disebabkan oleh :
  • Bilangan sperma yang rendah 
  • Kurang pergerakan sperma
  • Kurang sperma yang rupabentuknya normal
  • Tiada sperma dalam analisis air mani
Punca Risiko
Banyak penyebab berlakunya sperma tidak normal seperti merokok, masalah kegemukan, amalan gaya hidup tidak sihat, masalah persekitaran dan pengambilan dadah. Dua sebab utama adalah kesan toksin secara terus terhadap sperma dan peningkatan suhu yang menyebabkan sperma kurang pergerakan.

Peningkatan suhu pula boleh disebabkan oleh kegemukan, pendedahan yang lama kepada haba panas seperti memandu dalam jangka masa yang lama / berbasikal / melakukan rawatan spa (mandi wap panas). Penyebab lain ialah jangkitan seksual yang boleh mengakibatkan halangan pada laluan keluar sperma atau bacaan sperma yang tidak normal.

Semen Analisis (Ujian pemeriksaan air mani)
Ia hendaklah dilakukan selepas 3-5 hari tanpa hubungan seks. Mereka yang mempunyai hasil keputusan yang tidak normal, ujian hendaklah dilakukan selepas 3 bulan dan biasanya doktor akan melakukan pemeriksaan klinikal yang melibatkan pemeriksaan pada bahagian kemaluan terutamanya zakar (testis)

Selepas pemeriksaan Semen Analisis, hasil keputusan air mani akan dirujuk
menggunakan skala di atas bagi menentukan air mani yang normal atau sebaliknya.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...