SOAL
Saya berumur 26tahun dan sudah berumah tangga. Saya mempunyai kegatalan di bahagian kerandut zakar. Saya risau jika saya mengalami jangkitan kutu kelamin atau penyakit lain. Selain gatal, kawasan kepala zakar timbul bintik merah pada waktu singkat. Ia kelihatan pada waktu pagi tapi hilang pada petangnya. bagaimanapun, ia timbul semula ke bahagian lain.
JAWAP
Jangkitan kutu pubik adalah penyakit kelamin. Ini bermakna anda hanya dapat jangkitan kutu jika pasangan anda pembawa kutu berkenaan, namun keadaan ini jarang berlaku antara pasangan kelamin yang halal. Kulit kerandut mudah terasa gatal apabila kering dan bulu roma yang dicukur mula tumbuh dan mencucuk kulit berkenaan. Bulu roma lebih baik dinipiskan berbanding dicukur.
Jika hendak cukur pun, bahagian atau kawasan yang hendak dicukup perlu dilembutkan dengan losyen pelembap selama semalaman dan keesokan menggunakan sabun pencukur serta pisau cukur baru yang tajam. Lepas mencukur gunakan losyen pelembap supaya kulit segar.
Mengenai bintik yang keluar dipermukaan penghujung zakar, itu perubahan kulit mukosa penghujung alat kelamin. Fenomena digelar 'pearly white papule' ini kerap kelihatan di permukaan dan keliling lekuk zakar, namun ia bukan penyakit kulit, Oleh itu, ia hilang dan timbul di kawasan lain.
Untuk mengekalkan kelembutan kulit mukosa, anda boleh menggunakan minyak Bio-Oil yang dijual di farmasi. Ia berkesan untuk mengurangkan ruam dan melembutkan kulit mukosa.
Dari Dr Sakit Tuan
Dr Ismail Thamby
Email : dr_tambi@yahoo.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan