Isnin, 19 Mei 2014

KELIRU JANGKA MASA KLIMAKS NORMAL



SOAL
Doktor, saya cukup keliru dengan tahap klimaks saya ketika seks bersama isteri. Saya tidak tahu sama ada ejakulasi saya normal atau tidak. Bagaimana untuk saya mengetahuinya dengan lebih mendalam?

JAWAB
Saya dapati kebanyakkan lelaki tidak faham tentang masalah cepat klimaks.Gambaran kepada cepat klimaks adalah ejakulasi berlaku kurang dari seminit. Jika ejakulasi berlaku lebih dari seminit, itu adalah normal. Pengiraan bermula dengan zakar masuk ke sasarannya dan mendayung sehingga klimaks. Pengiraan tidak mengambil kira pada proses pemanasan, iaitu sebilangan lelaki boleh mengambil masa yang lama.


Jadi tidak hairan jika ditanya berapa lama boleh tahan, ada yang menyatakan setengah jam. Sebilangan besar daripada klien yang berjumpa saya kerana masalah cepat klimaks. Apabila ditanya berapa lama mereka boleh tahan, dan menyatakan mereka bertahan dalam masa 10minit dan ada yang menyatakan sekitar 5 minit.Apabila dijelaskan yang pengiraan bermula dari saat zakar masuk ke sasaran, jelas menunjukkan yang mereka hanya bertahan beberapa saat sahaja.

Sememangnya masalah cepat klimaks merunsingkan kedua dua pihak, baik lelaki dan pasangannya. Lelaki klimaks tidak semestinya menandakan dia puas. Lebih lagi jika ia berlaku dalam masa yang amat cepat. Jadi lelaki yang cepat klimaks sememangnya tidak puas. Didapati kebanyakkan dalam 1 dalam 3 orang lelaki mengalami masalah cepat klimaks. Jika ini berlaku dalam awal perkahwinan lagi, maka situasi ini dikenali sebagai cepat klimaks prima.

Jika ia berlaku kerana kelemahan fizikal, akibat keradangan urat saraf yang berlaku akibat kencing manis atau kerana keletihan, cepat klimaks itu dikenali sebagai cepat klimaks sekunder.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...