Khamis, 15 Mei 2014

AIR KENCING BERCABANG



SOAL
Saya mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar. Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

JAWAB
Kencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku dan terjadi kembali sedia kala secara spontan. Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubuang kencing melekat dan kemudian bahaian yang terlekat itu terbuka. Jika keadaan kencing bercabang ini kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.


Jarang salur kencing radang akibat jangkitan dan bahagian pertengahan lubang kencing melekat sebagai parut. Namun, ada juga lubang salur kencing tertutup separa akibatketulan 'isis' yang terjojol daripada mukosa salur air kencing seperti papilloma atau kutil.

Apabila papilloma atau kutil itu dibuang, perjalanan kencing menjadi sehala dan tidak lagi bercabang. Jika air kencing masih lagi keluar bercabang walaupun anda mengepit hujung zakar untuk meluaskan pembukaan lubang kencing, anda perlu berjumpa doktor untuk pemeriksaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...