Khamis, 22 Mei 2014
KULIT MELECET KETIKA BERSAMA
SOAL
Setiap kali bersama isteri, kulit di bawah bahagian kepada zakar saya melecet sehingga terasa sakit dan pedih. Sepanjang enam tahun berkahwin, ini kali kedua berlaku dan ia berlarutan hingga tempoh dua bulan dan keadaan ini menyebabkan saya jarang melakukan hubungan intim dengan isteri.
JAWAB
Kulit sarung zakar membabitkan jenis licin, lembut, tidak mengerutu atau bersisik serta ada lapisan bawah dari jenis tisu penggembang. Biasanya, selepas kulit penutup penghujung zakar dibedah (dikhatan) cantuman kulit yang tidak rapat boleh menjadi nipis akibat tisu parutan.
Tisu jenis ini bukan berdaya tahan dan mudah menggerutu serta mengelupas. Oleh itu, tidak hairanlah jika anda mengalami masalah kulit melecet. Akibat keradangan (disebabkan kulit melecet) tentu anda merasa sakit dan pedih terutama jika terkena air. Anda perlu menggunakan krim pelindung kulit bagi mengatasi masalah melecet.
Ia perlu untuk melembutkan kulit yang bermasalah. Jika hendak melakukan hubungan seks dengan isteri, anda disarankan menggunakan jeli pelembap.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan