Khamis, 22 Mei 2014

GATAL TAK HILANG WALAU KERAP DICUCI


SOAL
Saya sering mengalami rasa gatal pada kemaluan walaupun kerap mencucinya. Adakah ini mendatangkan masalah pada zakar saya dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

JAWAB
Banyak faktor menyebabkan kegatalan pada anggota kelamin. Zakar membabitkan kulit lembut, tidak bersisik dan ada lapisan pelembap semula jadi. Mencucilah kemaluan dengan sabun biasa akan menyebabkan lapisan pelembap hilang, lalu kulit menjadi kering dan tegang. Ini akan membuatkan kulit terasa gatal. Jika digaru, ia boleh menjadi radang dan rasa gatal itu akan berulang.


Kulit yang lembut dan tidak bersisik akan bertukar sebaliknya iaitu kering dan bersisik. Biasanya kulit sebegini mudah diserang kulat. Apabila ia berlaku, kegatalan pada anggota sulit semakin ketara. Akibatnya kulit anggota kelamin semakin tebal, bersisik dan berwarna tebal, bersisik dan berwarna lebih gelap serta pudar. Perkara sama akan berlaku apabila bulu roma pada alat sulit di cukur.

Kulit akan menjadi kesat, seterusnya radang serta terasa gatal. Oleh itu, jangan cukur bulu roma, sebaliknya 'trim' sahaja bagi mengelak masalah itu berlaku. Jika anda terkena penyakit kudis buta atau diserang kutu pubik, anggota kelamin juga akan terasa gatal. Begitu juga jika ada jangkitan kulat.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...