Jumaat, 23 Mei 2014

MAKANAN TAMBAH SPERMA

Makanan Penambah Sperma

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rasangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur. Tahap ransangan membuatkan anggota reproduksi lelaki mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowper dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cecair yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa yang lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah. Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit dan begitu juga sebaliknya.


Bagaimanapun banyak keadaan boleh mempengaruhi jumlah air mani seperti makanan dan suplemen. Lelaki menghasilkan antara 2 - 6 mililiter(ml) air mani setiap kali pancut. Jika pancutan kerap, isi padu air mani boleh berkurangan sebanyak setengah ml atau hanya beberapa titik. Air mustahak kerana ia juga boleh menpengaruhi. Perlu minum air yang cukup sekurang kurangnya 4liter sehari.

Selain itu, daging mengandungi pelbagai nutrien sesuai untuk penghasilan sperma. Ikan tuna, ayam dan daging merah mengandungi asid amino seperti L-Arginine dan L-Carnitine yang penting untuk sperma. Selain itu, tiram dan makanan laut mengandungi zink yang penting untuk penghasilan air mani serta keaktifan sperma. Kekacang pula bagus dimakan kerana mengandungi zat galian zink dan selenium.

Bijiran seperti oat dan granola, buah-buahan seperti buahan citrus, bayam, brokoli, bendi dan asaparugus juga elok dimakan kerana mengandungi asid folik. Namun, jangan memperkecilkan keupayaan buah-buahan tempatan. Buah nangka dan betik misalnya mengandungi banyak antioksida yang boleh mempengaruhi kualiti sperma dalam badan. Pendek kata, semua buahan dan sayuran menyumbang kepada isi padu, kesihatan dan kandungan air mani seseorang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...