Jumaat, 30 Mei 2014

IVF: IN VITRO FERTILIZATION

IN VITRO FERTILIZATION

IVF merupakan satu teknik meniru proses persenyawaan manusia yang dilakukan di dalam makmal. Pada masa kini, ramai pasangan di seluruh dunia telah mendapat manfaat daripada kaedah IVF, majoritinya dikalangan yang mengalami masalah ketidaksuburan. Walaupun kaedah ini mudah dan meluas, tahap pengetahuan, kemahiran dan perhatian kepada perincian yang dilakukan oleh doktor dan makmal yang lengkap (IVF) diperlukan sebelum kadar kehamilan tinggi secara konsisten dapat dicapai.
Proses IVF melibatkan mengeluarkan telur dari badan wanita, memasukkan sperma pasangan yang dipilih(terbaik) di dalam makmal kemudian memindahkan embrio yang terhasil daripada pensenyawaan kedua-dua telur pasangan kembali ke uterus antara 2-6 hari kemudian.

Khamis, 29 Mei 2014

ICSI: INTRA-CYTOPLASMIC SPERM INJECTION

ICSI

Konsepnya adalah sama seperti IVF yang mengubah nasib wanita yang mempunyai tiub yang rosak, ICSI pula telah merevolusikan rawatan ketidaksuburan lelaki. Dengan faktor ketidaksuburan dilkalangan lelaki yang semakin meningkat di seluruh dunia, lebih ramai pasangan yang inginkan cahaya mata mahu untuk menggunakan kaedah ICSI ini. Walau bagaimana lemah atau jumlah di bawah tahap normal suatu sperma itu, dengan konsep ICSI ini ia mungkin akan berkesan.

ICSI melibatkan proses di mana suntikan sperma perlu dilakukan ke dalam telur pasangan bagi membolehkan persenyawaan berlaku. Langkah-langkah yang terlibat adalah sama seperti proses IVF kecuali ia dilakukan di makmal di mana satu sperma yang baik diambil dengan menggunakan jarum halus dan disuntik ke dalam telur pasangan.

Rabu, 28 Mei 2014

KHASIAT BIJI TEMBIKAI

Tembikai

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. Ianya kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.

Ramai yang sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Selasa, 27 Mei 2014

IUI : INTRA-UTERINE INSEMINATION

IUI: INTRA-UTERINE INSEMINATION


Merupakan satu rawatan kesuburan yang mudah, IUI biasanya rawatan yang pertama terutama apabila ada masalah kesuburan dikenalpasti. Ia bertujuan untuk menjadi mudah dan murah tetapi mungkin perlu diulang beberapa kali kerana kadar kehamilan adalah hanya 10-15% setiap kali ia dilakukan .

Ini adalah bentuk konsep rawatan yang paling mudah. Ia melibatkan proses memasukkan sperma ke dalam rahim isteri pada masa ovulasi. Sampel sperma dikeluarkan dan akan menjalani proses pembersihan dimana sperma yang mati dan lemah akan diasingkan, dan sperma yang terbaik sahaja akan diambil bagi meningkatkan keupayaan peratus pensenyawaan berlaku.

MAKANAN UNTUK LELAKI



Makanan untuk Lelaki No 1: Tiram

Mungkinkah ada sesuatu legenda yang tiram merupakan makanan cinta? memang benar bahawa dengan memakan beberapa tiram setiap hari akan memberi  bekalan penuh zink mineral antioksidan. Zink terlibat dalam beratus-ratus proses badan , daripada menghasilkan DNA untuk membaiki sel-sel.

Kajian menunjukkan bahawa zink yang mencukupi boleh melindungi daripada kerosakan sel yang membawa kepada kanser prostat. Zink berfungsi untuk system seksual pembiakan lelaki , termasuk kiraan sperma meningkat, juga dipertingkatkan dengan zink. "


Makanan untuk Lelaki No 2 : Pisang

Pisang adalah sumber mudah yang kaya dengan tenaga dan kalium , yang diperlukan untuk mengawal saraf, denyutan jantung dan, terutamanya  tekanan darah. Diet yang kaya dengan kalium dan magnesium (yang juga terdapat dalam pisang ) boleh mengurangkan risiko strok.

Sebagai sumber super vitamin B-6 , pisang juga boleh membantu sistem imun, membantu membentuk sel-sel darah merah, memastikan sistem saraf berfungsi dengan baik, dan membantu metabolisme protein.

Isnin, 26 Mei 2014

SPERMA TEST (MICRA HOME SPERMA TEST MICROSCOPE)


Micra Home Sperm Test Microscope


MICRA HOME SPERMA TEST MICROSC


Tidak seperti analisis ujian sperma yang lain, Micra adalah sistem penapisan lengkap sperma yang membolehkan anda untuk menganalisis dan menginterpretasikan hasil sendiri dengan mikroskop khas dan panduan tafsiran. Pada lensa mikroskop, anda akan melihat sebuah grid analisis yang membolehkan anda untuk menentukan jumlah sperma dalam bidang visual tertentu. Sistem Micra juga membolehkan anda menentukan jumlah sperma motil dalam sampel air mani anda. Dengan Micra anda boleh untuk menguji sampel sperma anda dengan hitungan khas dan rentang motiliti seperti yang ditakrifkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia.

Jumaat, 23 Mei 2014

MAKANAN TAMBAH SPERMA

Makanan Penambah Sperma

Isi padu air mani yang keluar ketika klimaks berubah mengikut tahap rasangan seksual, kekerapan persetubuhan dan umur. Tahap ransangan membuatkan anggota reproduksi lelaki mantap dengan kemasukan darah yang banyak dalam pundi prostat, cowper dan seminal, kemudian dapat menghasilkan cecair yang banyak.

Lagi kerap lelaki itu bersetubuh, semakin kurang pengeluaran air mani, walaupun dia sangat terangsang ketika itu. Oleh itu, tidak hairan jika tidak bersetubuh dalam jangka masa yang lama, perasaan teruja semakin ketara dan penghasilan air mani juga bertambah. Menyentuh aspek umur, pengaruh hormon testosteron memainkan peranan penting. Apabila tahap hormon menurun rangsangan terhadap pundi-pundi tadi kurang, seterusnya jumlah air mani menjadi sedikit dan begitu juga sebaliknya.

Khamis, 22 Mei 2014

GATAL TAK HILANG WALAU KERAP DICUCI


SOAL
Saya sering mengalami rasa gatal pada kemaluan walaupun kerap mencucinya. Adakah ini mendatangkan masalah pada zakar saya dan bagaimana cara untuk mengatasinya?

JAWAB
Banyak faktor menyebabkan kegatalan pada anggota kelamin. Zakar membabitkan kulit lembut, tidak bersisik dan ada lapisan pelembap semula jadi. Mencucilah kemaluan dengan sabun biasa akan menyebabkan lapisan pelembap hilang, lalu kulit menjadi kering dan tegang. Ini akan membuatkan kulit terasa gatal. Jika digaru, ia boleh menjadi radang dan rasa gatal itu akan berulang.

KULIT MELECET KETIKA BERSAMA


SOAL
Setiap kali bersama isteri, kulit di bawah bahagian kepada zakar saya melecet sehingga terasa sakit dan pedih. Sepanjang enam tahun berkahwin, ini kali kedua berlaku dan ia berlarutan hingga tempoh dua bulan dan keadaan ini menyebabkan saya jarang melakukan hubungan intim dengan isteri.

JAWAB
Kulit sarung zakar membabitkan jenis licin, lembut, tidak mengerutu atau bersisik serta ada lapisan bawah dari jenis tisu penggembang. Biasanya, selepas kulit penutup penghujung zakar dibedah (dikhatan) cantuman kulit yang tidak rapat boleh menjadi nipis akibat tisu parutan.

Selasa, 20 Mei 2014

GUSI DAN KESUBURAN

Gusi & Kesuburan


Ingin mengekalkan kesuburan? Antara faktornya ialah ubat dan jagalah Gusi anda.!!.Ya..itu adalah saranan doktor gigi terkemuka di Los Angelas, Dr. Robert Greeg D.D.S. Berdasarkan penyelidikannya, dia mendapati bakteria penyebab sakit gusi mampu memberi infeksi pada tahap sperma seseorang. Setiap bakteria yang mengalir melalui darah boleh memasuki jalur reproduksi dan memberikan efek kepada kesuburan seseorang. Fakta ini turut disokong Prof. Dr. Marc Goldstein dari Cornell institute of Reproductive Medicine. Sentiasalah periksa keadaan gusi anda setiap hari.!!

KANSER LELAKI TIDAK TERKECUALI


KANSER UTAMA DI KALANGAN LELAKI

KANSER PROSTAT
Kanser yang paling bahaya bagi lelaki adalah kanser prostat, terutamanya mereka yang sudah berumur 50tahun dan ke atas. Kanser prostat ialah kenser yang membiak secara perlahan jika dibandingkan dengan kanser kanser yang lain.Oleh yang demikian, seseorang itu tidak menyedari yang dia mempunyai kanser prostat sehinggalah dia berada pada tahap yang teruk di mana kanser merebak ke tempat lain.

Isnin, 19 Mei 2014

KELIRU JANGKA MASA KLIMAKS NORMAL



SOAL
Doktor, saya cukup keliru dengan tahap klimaks saya ketika seks bersama isteri. Saya tidak tahu sama ada ejakulasi saya normal atau tidak. Bagaimana untuk saya mengetahuinya dengan lebih mendalam?

JAWAB
Saya dapati kebanyakkan lelaki tidak faham tentang masalah cepat klimaks.Gambaran kepada cepat klimaks adalah ejakulasi berlaku kurang dari seminit. Jika ejakulasi berlaku lebih dari seminit, itu adalah normal. Pengiraan bermula dengan zakar masuk ke sasarannya dan mendayung sehingga klimaks. Pengiraan tidak mengambil kira pada proses pemanasan, iaitu sebilangan lelaki boleh mengambil masa yang lama.

Khamis, 15 Mei 2014

AIR KENCING BERCABANG



SOAL
Saya mengalami masalah kencing bercabang, di lubang zakar seperti ada sesuatu yang keras menghalang air kencing mengalir dengan lancar. Ketika dan selepas membuang air kecil, saya terasa sakit di hujung kepala zakar.

JAWAB
Kencing bercabang boleh berlaku kepada lelaki dan wanita. Ia boleh berlaku dan terjadi kembali sedia kala secara spontan. Ini terjadi mungkin kerana pertengahan lubuang kencing melekat dan kemudian bahaian yang terlekat itu terbuka. Jika keadaan kencing bercabang ini kekal dan memberi masalah seperti memercikkan air atau menyakitkan, mustahak untuk menjalani pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.

TIMBUL BENJOLAN TIDAK MENYAKITKAN DI ZAK...



SOAL
Saya mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penjakit?

JAWAB
Anggota kelamin jarang diperiksa secara teliti kecuali satu bahagiannya terasa kurang selesa atau sakit. Ketika itu pelbagai penemuan terjadi. Benda seperti ketulan, benjolan dan pelbagai lagi akan kelihatan. Malah, individu itu mula merujuk kepada internet, nescaya ia akan merasa gementar apabila dipaparkan maklumat yang menakutkan.

Rabu, 14 Mei 2014

LIMA SUMBER REZEKI YANG DIJANJIKAN ALLAH JIKA BERISTIGHFAR.


PERTAMA : Rezeki dalam bentuk diturunkan hujan yang mencurah curah

KEDUA : Diluaskan rezeki dan diberi harta kekayaan yang banyak. Kene buat dan rasa sendiri betapa manisnya istighfar yang boleh memaksa rezeki di dalam bentuk kekayaan harta.

KETIGA : Istighfar juga boleh mendatangkan zuriat yang ramai. Sesiapa yang tidak mempunyai anak maka amalkan istighfar secara istiqamah sebanyak mungkin, nescaya akan dikurniakan anak. Itu adalah janji Allah yang termaktub di dalam Al-Quran.

KEEMPAT
: Dengan istighfar juga akan dikurniakan kebun tanaman yang banyak. Disebut kebun tanaman bersesuai dengan masa Al-Quran diturunkan. Iaitu pada zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Kalau diikutkan sumber pertanian adalah sumber makanan hingga ke hari ini.

KELIMA : Diberikan sungai sungai yang mengalir. Sungai adalah sumber air untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan, manusia, menyuburkan tanah, aman makmur dan boleh menambahkan kesenangan. Orang tua berkata kebun yang bagus mempunyai sungai mengalir di dalamnya.

Selasa, 6 Mei 2014

CARA MENINGKATKAN SPERMA

Sperma

Meningkatkan jumlah sperma dan menggalakkan kesihatan kesuburan lelaki secara keseluruhan adalah sesuatu yang semua orang boleh capai melalui perubahan yang mudah dalam diet atau perubahan gaya hidup.

  • Tidak perlu dikatakan, kesihatan yang tidak baik akan membawa kepada jumlah sperma tidak sihat. Jika anda TTC, jangan mengambil dadah, berhenti merokok, dan berhenti minum alkohol.
  • Cuba kurangkan makanan yang diproses yang tidak sihat dan beralih kepada diet protein yang tinggi yang kaya dengan sayur-sayuran dan bijirin penuh tetapi rendah lemak. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...