Selasa, 20 Mei 2014

KANSER LELAKI TIDAK TERKECUALI


KANSER UTAMA DI KALANGAN LELAKI

KANSER PROSTAT
Kanser yang paling bahaya bagi lelaki adalah kanser prostat, terutamanya mereka yang sudah berumur 50tahun dan ke atas. Kanser prostat ialah kenser yang membiak secara perlahan jika dibandingkan dengan kanser kanser yang lain.Oleh yang demikian, seseorang itu tidak menyedari yang dia mempunyai kanser prostat sehinggalah dia berada pada tahap yang teruk di mana kanser merebak ke tempat lain.


KANSER BUAH ZAKAR
Manakala lelaki yang berusia dalam lingkungan 20-30 tahun mempunyai risiko yang tinggi untuk mengidapi kanser buah zakar. Kebanyakkan mereka dikalangan umur ini kurang mengambil tahu akan kesihatan mereka dan oleh sebab itu mereka hanya dapat mengesan kanser buah zakar apabila ia nya berada pada tahap kritikal.

KANSER PARU PARU
Secara umunya kanser paru pari kerap berlaku pada kaum lelaki kerana sebilangan besar kaum lelaki dikategorikan sebagai perokok. Oleh kerana penghisap rokok dikalangan wanita bertambah, maka kanser paru paru terhadap kaum wanita juga turut menigkat.

Oleh itu, kaum lelaki khususnya perlu melakukan saringan kesihatan bagi mengesan simptom simptom kanser prostat, buah zakar dan paru paru sebagai langkah awal pencegahan.


STATISTIK KANSER
  • Berdasarkan dari statistik GLOBOCAN : Lima kanser utama yang menyerang lelaki seluruh dunia ialah kanser paru paru (16.7%), prostat (15%), kolektrum (10%) perut (8.5%) dan Hati (7.5%)
  • Sumber WHO, terdapat 14.1 juta kes kanser baru, 8.2 juta kematian akibat kanser dan 32.6 juta orang yang hidup dengan kanser(dalam tempoh 5tahun) pada tahun 2012 di seluruh dunia.
  • Umur standard kadar insiden kanser secara keseluruhan hampir 25% lebih tinggi adalah di kalangan lelaki berbanding wanita dengan kadar 205 dan 165 bagi setiap 100,000 kes.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...