(Perhatian Terdapat Gambar-Gambar 18sx di link yang disediakan dan hanya sesuai untuk lelaki @ perempuan dewasa sahaja dan semata-mata untuk tujuan kesihatan, harap maklum)
Pemeriksaan ini membolehkan anda mengesan perkara luar biasa, seterusnya merujuk kepada doktor bagi pemeriksaan dan keterangan jika ada kemuskilan. Penjagaan anggota kelamin selain mengelak dari kerap melakukan onani. Bagi yang kerap beronani, amalan syok sendiri itu akan menyebabkan kulit zakar akan kelihatan gelap dan berkedut selain ereksi tidak kuat.
Ia sama seperti amalan mengurut zakar menggunakan minyak dan krim yang tidak mesra anggota kelamin, ini kerana kebanyakkan krim mengandungi bahan yang boleh mendatangkan alahan seperti ekstrak belacak, lintah, dhab, belut atau ikan linang, gambir sarawak, paprika dan minyak cengkih yang kononnya boleh membesarkan zakar.
Semuanya boleh merosakkan kulit dan mengakibatkan alahan ketara. Hanya perlu gunakan krim perapi yang diuji kaji secara klinikal, selesa dan mesra alat kelamin, seterusnya memantapkan fungsi zakar. Membelai alat kelamin untuk kesejahteraan sememangnya amalan lama yang pernah disyorkan Iman An-Nawawi yang menyatakan 'Anggota Kelamin Menjadi Tidak Berguna Jika Tidak Digunakan dan Jika Dijaga Melalui Belaian Dengan Niat Penjagaan, Ia Dapat Membantu Memantapkan Alat Kelamin'
Selain pemeriksaan penjagaan anggota kelamin membabitkan pakaian dalam yang selesa supaya ia tidak tertekan atau tertindih. Jangan tindik atau menaman guli di bawah kulit zakar kerana cara ini akan merosakkan zakar, sama seperti suntikan yang kononnya bagi tujuan membesarkan zakar. Kesudahannya, ia merosakkan zakar akibat keradangan sistem lifatik(macam penyakit untut).
(Sumber Metro, 13April2014)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan