Khamis, 17 April 2014

Periksa Kelamin Sebulan Sekali [Soal-Jawab Kesihatan Lelaki]



SOAL
Saya buntu dan bimbang dengan apa yang saya alami sekarang. Ketika hendak mandi, saya perasan ada gelembung di bawah alat kelamin, betul-betul di bahagian sebelum kepala zakar. Bila disentuh, ia terasa lembik seperti ada cecair di bawah. Sebelum perasan kehadiran gelembung itu, saya mencapai orgasma dalam keadaan meniarap. Apakah puncanya dan adakah ia boleh dirawat?



JAWAB
Penjagaan alat kelamin mustahak dan perlu dilakukan sekurang-kurangnya sebulan sekali. Jika wujud perubahan luar biasa, ia perlu dirujuk kepada doktor, terutama jika perubahan itu menyakitkan. Jika gelembung itu biasa dan kelihatan sejak dulu lagi, tentu anda tidak rasa gelisah.Anda mungkin jarang melakukan pemeriksaan kendiri anggota kelamin, menyebabkan anda tidak sedar gelembung itu wujud sejak dulu.

Kebetulan pada hari anda perasan kehadiran gelembung itu, anda mengeluarkan air mani secara luar biasa. Mungkin kerana itu anda rasa seolah olah apa yang berlaku akibat perbuatan anda. Masalah ini sukar diulas selagi tidak menjalani pemeriksaan doktor.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...