Rabu, 28 Mei 2014

KHASIAT BIJI TEMBIKAI

Tembikai

Di sebalik rasanya yang manis, segar dan mudah disediakan, terselindung pelbagai manfaat kesihatan bagi mereka yang mengambil berat soal kesihatan serta penjagaan diri secara murah, mudah dan selamat. Ianya kaya dengan vitamin A dan C, tiada lemak dan tinggi kandungan air serta serat, menjadikannya sesuai sebagai snek ketika hari panas atau mengisi perut sementara menunggu waktu makan utama.

Ramai yang sukakan rasa tembikai tetapi mereka selalunya akan membuang biji tembikai tanpa menyedari ia juga kaya dengan khasiat yang baik untuk kesihatan. Hakikatnya, biji tembikai penuh dengan nutrien termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.


Oleh itu, ia tidak sepatutnya dibuang sebalinya dikunyah bagi mendapatkan khasiatnya. Antara manfaat biji tembikai kepada kesihatan tubuh adalah ia mengandungi likopen yang bukan sahaja menambah seri wajah tetapi juga mampu menambah kesuburan lelaki. Ia juga sumber terbaik bagi kumpulan vitamin B yang penting dalam mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Satu cara untuk mendapatkan kebaikan biji tembikai adalah dengan merebut selama 45minit di dalam periuk tertutup dan airnya boleh diminum seperti teh. Selain dikatakan baik untuk membantu seseorang sembuh dengan lebih cepat, ia juga dikatakan boleh menajamkan ingatan. Tubuh memerlukan asid amino dan sesetengah daripadanya tidak boleh dihasilkan oleh badan dan memerlukan nutrien itu daripada sumber makanan. Biji tembikai memiliki asid amino lengkap, membantu serapan kalisium, pembentukan kolegen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardioavaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga penuh dengan magnesium yang penting untuk memastikan fungsi sihat jantung, mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein. Biji tembikai adalah sumber tenaga, asid lemak,  omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein.Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit supaya ia sentiasa lembut, bebas daripada masalah jerawat dan masalah penyakit kulit yang lain serta mampu mengekal masalah penuaan pramatang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...