ICSI |
Konsepnya adalah sama seperti
IVF yang mengubah nasib wanita yang mempunyai tiub yang rosak, ICSI pula telah
merevolusikan rawatan ketidaksuburan lelaki. Dengan faktor ketidaksuburan
dilkalangan lelaki yang semakin meningkat di seluruh dunia, lebih ramai
pasangan yang inginkan cahaya mata mahu untuk menggunakan kaedah ICSI ini.
Walau bagaimana lemah atau jumlah di bawah tahap normal suatu sperma itu,
dengan konsep ICSI ini ia mungkin akan berkesan.
ICSI melibatkan proses di mana suntikan
sperma perlu dilakukan ke dalam telur pasangan bagi membolehkan persenyawaan
berlaku. Langkah-langkah yang terlibat adalah sama seperti proses IVF kecuali ia
dilakukan di makmal di mana satu sperma yang baik diambil dengan menggunakan
jarum halus dan disuntik ke dalam telur pasangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan