IUI: INTRA-UTERINE INSEMINATION |
Merupakan satu rawatan kesuburan yang mudah, IUI biasanya rawatan yang pertama terutama apabila ada masalah kesuburan dikenalpasti. Ia bertujuan untuk menjadi mudah dan murah tetapi mungkin perlu diulang beberapa kali kerana kadar kehamilan adalah hanya 10-15% setiap kali ia dilakukan .
Ini adalah bentuk konsep rawatan
yang paling mudah. Ia melibatkan proses memasukkan sperma ke dalam rahim isteri
pada masa ovulasi. Sampel sperma dikeluarkan dan akan menjalani proses
pembersihan dimana sperma yang mati dan lemah akan diasingkan, dan sperma yang
terbaik sahaja akan diambil bagi meningkatkan keupayaan peratus pensenyawaan
berlaku.
Isteri juga biasanya diberikan ubat-ubatan
hormon ( pil dan suntikan hormone ) supaya dia akan menghasilkan lebih banyak
telur dari ovari. Ini merupakan gabungan sperma yang baik, dimana terdapat telur
tambahan semasa ovulasi adalah kunci kepada kejayaan. IUI adalah berguna untuk
pasangan dengan tahap kesihatan yang tidak dapat dijelaskan dan di mana sperma
pasangan adalah sedikit di bawah tahap normal. Kaedah ini tidak boleh digunakan
jika tiub fallopio rosak atau sperma itu mempunyai tahap yang lemah/dibawah
normal.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan