Khamis, 15 Mei 2014
TIMBUL BENJOLAN TIDAK MENYAKITKAN DI ZAK...
SOAL
Saya mempunyai benjolan kecil pada hujung zakar dan seakan akan mengandungi air di dalamnya. Adakah ia sejenis penjakit?
JAWAB
Anggota kelamin jarang diperiksa secara teliti kecuali satu bahagiannya terasa kurang selesa atau sakit. Ketika itu pelbagai penemuan terjadi. Benda seperti ketulan, benjolan dan pelbagai lagi akan kelihatan. Malah, individu itu mula merujuk kepada internet, nescaya ia akan merasa gementar apabila dipaparkan maklumat yang menakutkan.
Kajian menunjukkan sebahagian besar ketulan dan benjolan pada anggota kelamin lelaki adalah tidak berbahaya, kecuali ia simpton penyakit kelamin atau STI ( sexually transmitted infections). Lelaki yang tidak pernah melakukan sekd rambang, samaada seks genital atau seks oral atau anal tidak perlu risau mengenai STI. Ini kerana ketulan, benjolan atau bengkak itu perubahan yang berlaku pada anggota kelamin dan tidak perlu dibimbangkan, kecuali jika lelaki itu was-was, terutama setelah merujuk kepada internet.
Perlu diketahui bahawa 'self diagnosis' iaitu rawatan secara sendiri atau 'self treatment' tanpa rujukan doktor tidak digalakkan. Berdasarkan penelitian doktor yang biasa dengan pengendalian masalah kelamin lelaki, tentu sekali dia dapat menberi penjelasan yang jelas tentag apa yang berlaku. Namun berdasarkan soalan yang diberi, kemungkinan ketumbuhan yang berisi cecair itu sista (cyst). Ada juga kemungkinan ia jangkitan virus bergelar 'Molluscum contagiosum' atau ketuat. Lakukan pemeriksaan untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan