Rabu, 14 Mei 2014

LIMA SUMBER REZEKI YANG DIJANJIKAN ALLAH JIKA BERISTIGHFAR.


PERTAMA : Rezeki dalam bentuk diturunkan hujan yang mencurah curah

KEDUA : Diluaskan rezeki dan diberi harta kekayaan yang banyak. Kene buat dan rasa sendiri betapa manisnya istighfar yang boleh memaksa rezeki di dalam bentuk kekayaan harta.

KETIGA : Istighfar juga boleh mendatangkan zuriat yang ramai. Sesiapa yang tidak mempunyai anak maka amalkan istighfar secara istiqamah sebanyak mungkin, nescaya akan dikurniakan anak. Itu adalah janji Allah yang termaktub di dalam Al-Quran.

KEEMPAT
: Dengan istighfar juga akan dikurniakan kebun tanaman yang banyak. Disebut kebun tanaman bersesuai dengan masa Al-Quran diturunkan. Iaitu pada zaman Rasulullah sumber utamanya adalah tanaman. Kalau diikutkan sumber pertanian adalah sumber makanan hingga ke hari ini.

KELIMA : Diberikan sungai sungai yang mengalir. Sungai adalah sumber air untuk kehidupan, tumbuhan, haiwan, manusia, menyuburkan tanah, aman makmur dan boleh menambahkan kesenangan. Orang tua berkata kebun yang bagus mempunyai sungai mengalir di dalamnya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...