Suami saya menghadapi masalah kembung perut dan senak ketika ingin
bersama terutama apabila alat kelaminnya hendak menegang. Apakah punca masalah
itu dan adakan ia memudaratkan.
JAWAB
Perasaan teruja seseorang lelaki berlaku apabila mahu melakukan
hubungan intim dengan isteri yang menyaksikan perubahan berlaku pada badannya.Pergerakan badan dan otot boleh membuatkan pergerakan usus menjadi
ketara sehingga terasa senak dan tidak selesa jika lelaki itu memang jenis
mudah kembung perut.Jika perubahan itu tidak ketara atau sederhana, dia masih mampu
mencapai ereksi dan dapat melakukan seks. Jika kembung perut amat ketara dan
membuatkan perut senak, ereksi boleh lemah dan hilang ketegangan.
Cara terbaik untuk lelaki yang mengalami masalah seperti itu dengan
berjumpa doktor untuk menyelesaikan masalah ‘kembung perut’ atau dispepsia. Apabila masalah itu diatasi, tetapi masih gagal untuk mencapai ereksi
mencukupi, dia perlu menjalani rawatan masalah disfungsi erektil atau mati
pucuk. Kini dengan pelbagai ubat pelancar darah dan pengembang salur darah
dalam zakar, masalah itu boleh diatasi. Mustahak dapatkan ubat dari doktor dan bukan dari tabib atau sesiapa
yang tidak bertauliah kerana kini terdapat pelbagai ubat kuat atau kopi kuat
yang mengandungi racun dan kimia perosak kesihatan.
Malah, berurut bukan jalan menyelesaikan masalah kembung perut dan mati
pucuk. Ia boleh memberatkan lagi keadaan jika bahagian diurut itu disalah
taksir kerana tidak membuat pemeriksaan badan dan lantas diurut tanpa
mengetahui masalah sebenar. Saya syorkan anda bawa suami berjumpa doktor atau dirujuk kepada pakar
jika masalah kembung perut itu tidak selesai.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/06/01
Tiada ulasan:
Catat Ulasan