- Gangguan pada telur menyebabkan telur tidak matang.
Keseimbangan hormon
adalah penting ke arah mendapatkan kehamilan. Hormon yang tidak seimbang boleh
menyebabkan seseorang wanita menghadapi masalah telur tidak matang, gangguan
dalam proses ovulasi dan gangguan proses luteinisation (process dimana folikel
membentuk corpus luteum). Kadangkala terdapat juga wanita yang merembeskan
sedikit hormon lelaki (androgens) dalam badan dan jumlah tersebut yang boleh
menyebabkan gangguan kepada keseimbangan hormon, selalunya masalah ini wujud
apabila berlaku ovarian cyst (struktur berupa folikel). Keseimbangan hormon
juga boleh terganggu apabila mempunyai berat badan yang terlalu kurang atau
terlalu berat, mengalami perubahan besar dalam berat badan dalam masa yang
singkat, terganggu kerana melakukan aktiviti fizikal yang keterlaluan,
terganggu disebabkan kelenjar thyroid tidak berfungsi dengan baik atau
terganggu disebabkan perembesan hormon prolaktin, terganggu disebabkan kesan
dari sesetengah ubat dan juga tekanan perasaan yang dialami. Ujian ke atas
hormon dapat membantu untuk mengenal pasti puncanya.
- Tiub fallopian yang tersumbat menyebabkan ketaksuburan.
Sesetengah wanita
yang masih tidak mempunyai zuriat, kemungkinan tiub fallopian telah separuh
tersumbat atau sepenuhnya tersumbat. Kebanyakkan tiub fallopian yang telah
rosak berlaku akibat telah dijangkiti kuman(mungkin kerana telah berlaku sekian
lama). Sebab yang lain yang barangkali boleh berlaku adalah disebabkan hamil
pramatang yang mana janin telah menempel di dalam tiub fallopian bukan di dalam
rahim (dipanggil kandungan ectopic) atau terdapat penempelan parut tisu
didalamnya atau disebabkan endometriosis. Anda juga boleh melakukan ujian HSG
(Hysterosalpingogram) untuk mengenalpasti punca masalah tersebut.
- Endometriosis.
Endometriosis
berlaku apabila endometrium (tisu dari selaput dalam rahim)berkembang dan
tumbuh diluar rahim itu sendiri. Hal ini tidak diketahui bagaimana ia boleh
berlaku. Hal ini mungkin berikutan kerana terdapat sedikit selaput dalam rahim
(endometrium) yang melalui tiub fallopian ke ruang abdominal semasa kitar haid
berlaku. Hal ini telah menyebabkan berlaku radang/inflamasi setempat yang
menyebabkan antara organ berdekatan abdominal melekat sesama sendiri dan
menyebabkan kesakitan haid. Laparoscopy akan membantu anda untuk mengenalpasti
puncanya.
- Antibodi menyerang sel gamet (telur dan sperma).
Dalam kes yang
jarang berlaku ini, badan manusia itu sendiri tidak dapat mengenal pasti sel
telurnya dan sistem imunisasi akan membentuk antibodi yang akan menyerang sel
tersebut. Kes dimana antibodi yang menyerang sel sperma lelaki adalah lebih
banyak berlaku. Disebabkan itu, sel sperma tidak dapat memasuki bahagian rahim
dan persenyawaan tidak dapat dilaksanakan.
- Masalah pada rahim.
Keadaan rahim
bicornuate (rahim dengan dua ruang membentuk seakan-akan tanduk) seringkali
berlaku. Rahim akan membentuk seperti buah pear, seakan-akan bentuk hati dan
mempunyai kawasan yang agak sempit dibahagian atas rahim. Keadaan ini tidak
seperti dalam ruang rahim yang normal menyebabkan janin hanya mempunyai ruang
yang sempit untuk membesar. Fibroid rahim adalah keadaan dimana terdapat
ketumbuhan di dalam rahim yang bukan mengakibatkan kanser yang terbentuk dari
lapisan otot (myometrium) dan tisu penghubung di dalam rahim. Fibroid adalah
ketumbuhan yang seringkali terjadi kepada wanita dan selalunya wujud semasa
pertengahan dan penghujung bagi tahun pembiakan. Ia boleh membesar dan
menyebabkan berat dan sakit semasa datang haid. Pemeriksaan ultrasound boleh
membantu mengenalpasti punca kepada masalah tersebut.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan