KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan mencadangkan supaya pasangan suami isteri yang masih gagal mendapatkan cahaya mata dibenar menggunakan wang caruman akaun kedua Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bagi membiayai kos menjalani rawatan kesuburan, seperti Persenyawaan Luar Rahim (IVF).
Timbalan Menterinya, Datuk Rosnah Abd Rashid Shirlin berkata, cadangan itu dibuat bagi meringankan beban pasangan sukar memperoleh zuriat dan mempunyai masalah kewangan berikutan kos rawatankesuburan sangat tinggi.
“Sebagai contoh, perbelanjaan sehingga mencecah RM10,000 diperlukan pasangan suami isteri menerusi kaedah IVF di hospital kerajaan dan ia pasti membebankan ibu bapa yang kewangannya tidak kukuh.
“Selain itu, masalah ketidaksuburan dikategorikan sebagai satu penyakit yang memerlukan rawatan seawal mungkin,” katanya dalam sidang media sempena Kongres Perubatan Reproduktif Malaysia Kedua (KPRM2), di sini, semalam.
Tunku Azizah yang juga Presiden Seumur Hidup, Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) melahirkan rasa gembira atas anugerah berkenaan sambil menyifatkan Malaysia mempunyai kemudahan perubatan kesuburan terbaik. Menurutnya, lebih kurang 25 tahun lalu, beliau terpaksa ke luar negara termasuk Singapura, England dan Amerika Syarikat semata-mata untuk mendapatkan rawatan kesuburan.
Hasilnya, beliau berjaya memperoleh empat daripada enam anak menerusi IVF. Sehubungan itu beliau menasihatkan pasangan yang sudah lama berkahwin dan belum memiliki anak supaya mendapatkan rawatan sewajarnya.
Artikel ini disiarkan pada : 2011/03/26 - DISINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan