SOAL
Saya menghadapi kesukaran untuk mendapatkan anak kedua. Sewaktu hubungan intim saya tidak rasa kehangatan seterusnya sukar untuk pancut dan puas. Bagaimana pun apabila onani pancutan terasa lebih normal.
Banyak lelaki yang kerap melakukan onani sukar menghindari amalan itu walaupun sudah berkahwin. Mulanya mereka seronak dengan pasangan dan dapat mencapai ejakulasi tapi sekali sekala mereka kembali kepada amalan lama iaitu melakukan onani. Ketika isteri dalam pantang, mereka melakukan onani dan untuk mendapat lebih ransangan yang lebih dengan melayari laman porno. Apabila amalan ini menjadi sebati, mereka mendapati sukar untuk terangsang dengan pasangan dan terpaksa mendapat motivasi daripada laman lucah itu.
Lama kelamaan dengan perbuatan onani, mereka mudah mencapai ejakulasi tetapi kurang puas melalui persetubuhan dengan pasangan. Tumpukan perhatian dengan pasangan. Lebihkan kemesraan dengannya dan lakukan aktiviti harian bersamanya dan anak. Lebihkan cumbuan bersama pasangan dan lakukan sentuhan erotic, iaitu urut mengurut bersama. Cuba posisi lain dan tumpuan seks ketika pasangan dalam waktu subur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan