Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lain-lain. Papar semua catatan

Isnin, 16 Jun 2014

SERBUK DEBUNGA KURMA - KESUBURAN

Serbuk Debungga Kurma

Serbuk Debungga Kurma ini biasanya digunakan untuk merawat masalah ketidaksuburan di kalangan lelaki & perempuan. Ianya mampu untuk merangsang dan meningkat tenaga seksual dalam hubungan suami isteri. Di kalangan masyarakat arab, mereka mencampurkan Serbuk Debunga Kurma dengan Madu dan di makan secara harian bagi meningkatkan peluang kehamilan/kesuburan.


Serbuk Debungga Kurma ini seakan-akan mirip dengan cairan sperma lelaki. Ia diambil dari pucuk bunga kurma pilihan di kebun kurma Madinah. Selain itu, dikatakan sebuk ini sesuai sebagai kaedah rawatan bagi memperolehi zuriat/kesuburan. Sudah menjadi amalan pasangan di Tanah Arab di awal perkahwinan kerana serbuk bunga kurma dipercayai mampu mengatasi masalah ketidaksuburan bagi pasangan suami isteri.


KHASIAT SERBUK BUNGA KURMA
Serbuk bunga kurma dipercayai dapat mengatasi masalah berikut:
  1. Kemandulan bagi pasangan suami isteri
  2. Menambah hormon lelaki dan menambah jumlah sperma
  3. Menyuburkan rahim wanita

Jumaat, 13 Jun 2014

AL-MANNA MAKANAN BERKHASIAT

Al-Manna

Al Manna adalah makanan semulajadi yang memberi khasiat kepada badan manusia serti nutrien asas supaya badan manusia dapat memperbaiki dengan sendiri secara semulajadi. Nutrien seperti prebiotic baru-baru ini telah terbukti amat diperlukan badan untuk berbagai fungsi. Antaranya ialah untuk mengimbang kandungan bakteria baik dalam usus besar. Aktiviti bakteria baik seperti Lactobacillus & bifidobacteria amat penting untuk memantapkan sistem imunisasi manusia. 

Prebiotic juga terbukti berkesan menurunkan kadar gula & kolesterol dalam darah manusia. Dengan terkawalnya kedua-dua gula & kolesterol, badan boleh berfungsi pada tahap yang optima. Al Manna juga mengandungi asid amino 'hydroxyproline' yang tinggi, iaitu sejenis asid amino yang sangat diperlukan badan manusia untuk membaiki kerosakkan dalaman.

"Dan Kami naungi kamu dengan awan, dan Kami turunkan kepadamu "Manna" dan "salwa". Makanlah dari makanan yang baik-baik yang telah Kami berikan kepadamu. Dan tidaklah mereka menganiayai Kami, akan tetapi merekalah yang telah menganiayai diri mereka sendiri" - Surah Al-Baqarah ayat 57


Rabu, 4 Jun 2014

KAEDAH RAWATAN HOMEO-PATHY

Homeo - Pathy


Antara Rawatan Yang Diberikan :
  1. Infertility
  2. Hepatitis
  3. Stroke
"Homeo" =  persamaan, " patho @pathy"= Rawatan  - Homeopathy ertinya rawatan yang berasaskan persamaan atau keseraksian. Mengikut teori homeopathy @ homeopati . Hanya ubat-ubat yang serasi sahaja dapat menyembuhkan. Oleh sebab itu, maka homeopati menggunakan kaedah amalan keserasian bagi merawat sesuatu penyakit.
Ubat yang digunakan dalam homeopati dibuat khas mengikut formulasi yang ditetapkan oleh Samuel Hahnemann iaitu berlandaskan teori 'Similar Similibus Curentur' atau 'lets likes be treated by likes'.
Ubat-homeopati yang digunakan adalah  terdiri dari 100%  bahan-bahan semulajadi , fauna dan flora iaitu dedaunan atau tumbuh-tumbuhan berubat yang buat khas dimana  sebarang toksid atau racun pada bahan-bahan ubat tersebut diolah dan hanya yang terbaik  akan dijadikan ubat homeopati. Oleh itu para pesakit tidak perlu bimbang dengan penggunaan ubat-ubat, selagi ianya ubat homeopati tulin atau asli ia tidak akan memberi kesan sampingan  pada pengguna. Ubat homeopati bertindak bagi menyembuhkan sesuatu penyakit secara semulajadi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...