Jumaat, 9 Januari 2015

TANDA-TANDA BAGI KESUBURAN LELAKI



Perihal tentang kesuburan wanita memang telah banyak di perkatakan tapi sebaliknya pula dengan kesuburan lelaki. Apakah tanda-tanda atau ciri kesuburan kaum lelaki? Mungkin ramai yang berminat untuk mengetahuinya. Berikut adalah senarai ciri menandakan seseorang lelaki itu subur;

1- Mempunyai anggota reproduksi yang sempurna dan berfungsi sepenuhnya.

2- Mempunyai alat kelamin atau zakar normal yang dapat menyalurkan sperma (air mani) ke dalam faraj wanita.

3- Mempunyai dua belah zakar berukuran normal yang dapat memproses atau menghasilkan sperma yang cukup bilangannya dan aktif.

4- Mempunyai sistem saluran sperma yang normal (tidak terkandas atau tergendala) dan dapat menyalurkan sperma dari buah zakar melalui pundi epidimis salur sperma dan salur uretra.

5- Mempunyai anggota reproduksi lain seperti pundi prostat, pundi seminal, pundi cowper yang berfungsi secara normal. Ia berfungsi memberi cecair yang menampung sperma ke dalam faraj wanita.

Selain mengenali ciri kesuburan lelaki, serba sedikit tentang perkara yang ada kaitan dengan peningkatan kesuburan lelaki perlu juga di ketahui. Lelaki yang normal dan sihat mampu menghasilkan lebih kurang 150 hingga 250 juta sperma setiap hari.

Sperma sensitif dengan bahan-bahan pelicin dan juga air, jadi wanita memang tidak di galakkan menggunakan apa juga jenis bahan pelicin sewaktu melakukan hubungan seks dengan suami.
Wanita yang menginginkan cahaya mata juga tidak di galakkan mencuci faraj atau kemaluan selepas bersama suami kerana ini akan melumpuhkan sperma dan merendahkan kemungkinan untuk hamil.

Isnin, 5 Januari 2015

JENIS MASALAH KESUBURAN




MASALAH KESUBURAN
KETIDAKSUBURAN ditakrifkan sebagai tidak boleh hamil walaupun telah melakukan hubungan kelamin tanpa penggunaan sebarang kontraseptif selepas 1 tahun. Dalam masa setahun, biasanya 84% daripada pasangan akan hamil, manakala dalam masa 2 tahun, lebih kurang 90% daripada pasangan akan hamil setelah melakukan hubungan kelamin.

Apakah antara jenis-jenis masalah kesuburan?
a) ‘Primary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita tidak pernah hamil langsung.
b) ‘Secondary’ subfertiliti:
Keadaan apabila seseorang wanita pernah hamil sebelumnya walaupun berakhir dengan keguguran.

Apakah punca-punca masalah kesuburan?
35% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum lelaki
35% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum perempuan
20% daripadanya berpunca daripada masalah yang dialami oleh kaum lelaki dan perempuan juga
10% daripadanya tiada punca yang diketahui, iaitu kemandulan tanpa sebab yang dapat dijelaskan

Rabu, 8 Oktober 2014

SEMEN ANALYSIS




UJIAN
Apa yang berlaku dalam analisis air mani atau, jika sesuai, perundingan  untuk kita mengenal pasti masalah dan kemudian menanganinya untuk memaksimumkan kualiti air mani lelaki. Kaedah ini boleh mengurangkan kerumitan bagi pihak wanita. Ia juga penting untuk mengurangkan masalah dari segi perubatan yang boleh menyumbang kepada analisis air mani yang lemah. Oleh itu, langkah yang paling penting iaiti langkah pertama dalam penilaian lelaki adalah analisis ujian air mani.

ANALISIS AIR MANI (SEMEN ANALYSIS)
Air mani ialah cecair  yang dihasilkan seorang lelaki ketika berejakulasi. Sperma dalam air mani adalah sel-sel telur yang paling penting untuk dinilai dalam analisis air mani.
Analisis ini akan membantu menentukan sama ada terdapat faktor dari pihak lelaki yang membawa kepada sub-kesuburan dalam pasangan itu. Jika keadaan ini berlaku, doctor mungkin akan mencadangkan beberapa penilaian lanjutan.

Beberapa penemuan hasil daripada ujian analisis air mani boleh ditemui, sebagai contoh, peningkatan bilangan sel darah putih mungkin menunjukkan jangkitan atau keradangan. Walau bagaimanapun, keabnormalan lain dalam banyak parameter utama adalah tidak spesifik. Sebagai contoh, terdapat beberapa sebab yang berbeza untuk jumlah sperma berkurangan atau pergerakan sperma berkurangan. Sebahagian daripada sebab-sebab ini mempunyai implikasi lain perubatan yang serius. Satu penilaian yang teliti dapat membantu menentukan punca analisis air mani yang tidak normal.

Khamis, 2 Oktober 2014

BEGUK BOLEH MENYEBABKAN KEMANDULAN


bengkak di pipi sehingga ke bahagian rahang yang dikenali sebagai penyakit beguk boleh membuatkan penghidapnya berasa malu. Beguk yang juga dikenali sebagai parotitis epidemik menyebabkan bengkak pada kelenjar air liur terutamanya di bahagian hadapan dan bawah telinga.

Namun, kita jangan keliru dengan masalah kelenjar parotid yang nampak seperti beguk, kerana ia juga boleh membengkak atau mengalami keradangan disebabkan faktor lain.
Menurut Pensyarah Kanan dan Pakar Otorinolaringologi, Universiti Sains Malaysia, Kota Bahru, Kelantan, Dr. Irfan Mohamad, beguk berpunca daripada jangkitan paramiksovirus.

Virus itu boleh berjangkit secara langsung melalui batuk, bersin atau melalui mata, hidung serta mulut.  Perkongsian makanan dan minuman atau bekasnya dengan penghidapnya menyebabkan berlaku transmisi kerana terdapat percampuran air liur.
Tambahnya, beguk merupakan penyakit yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak sebelum era vaksinasi.

Sekiranya ia berlaku pada orang dewasa, komplikasinya mungkin lebih teruk seperti radang testis yang boleh menyebabkan kemandulan. Kadar komplikasinya juga akan meningkat seiring pertambahan usia si penghidap dan jika tidak dirawat secara intensif, jangkitan bakteria akan mengakibatkan berlakunya pengumpulan nanah dalam kelenjar.

Selasa, 30 September 2014

APA ITU 'BEGUK'?

BEGUK

Apakah itu beguk?
Beguk merupakan satu penyakit yang disebabkan oleh virus. Ia menyebabkan bengkak dan rasa sakit pada kelenjar parotid. Ia mudah berjangkit dan virus merebak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak apabila mereka yang dijangkiti beguk mengalami batuk atau bersin. Ia boleh berjangkit selepas 3 atau 4 hari selepas pembengkakan bermula.

Apakah tanda dan gejala beguk?
Tanda dan gejala jangkitan bermula selepas 12-25 hari berhubungan dengan orang yang dijangkiti. Sesetengah orang yang dijangkiti beguk tiada simptom awal, mereka mungkin menghadapi:
·         Demam.
·         Sakit kepala.
·         Mulut kering dan hilang selera.
·         Keletihan.
·         Pembengkakan pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid.
Gejala ini biasanya hilang dalam masa 10–12 hari.

Isnin, 22 September 2014

IVFKU - KOS YANG RENDAH UNTUK IVF


‘Cost-barrier’ mengurangkan akses rawatan IVF kepada ramai pasangan yang menghadapi masalah kesuburan
Kos perbelanjaan untuk rawatan IVF yang mahal kerapkali menyebabkan ramai pasangan tidak mampu dan terpaksa menangguhkan rawatan tersebut atau mengetepikannya sama sekali. Ini sekaligus mengurangkan peluang pasangan ini untuk membina keluarga dari baka mereka sendiri. Penangguhan untuk menabung wang mencukupi kerapkali mengambil masa yang lama dan tanpa disedari tahun bersilih ganti, umur pasangan wanita tersebut juga meningkat. Kajian telah membuktikan yang umur wanita adalah faktor utama yang akan menentukan kadar kejayaan IVF. Sukses IVF akan menurun dengan mendadak selepas wanita berumur 35 tahun.
Bagaimanakah caranya untuk mencapai kos IVF yang berpatutan?
Kos IVF yang lebih berpatutan bertujuan agar lebih ramai pasangan yang memerlukannya dapat melalui rawatan tersebut. Persoalan ini sebenarnya sudah lama diperdebatkan dan pelbagai usaha telah dilakukan terutamanya para doktor di negara yang sedang membangun. Harga IVF yang lebih ideal, praktikal dan ‘accessible’ diperlukan.

Ahad, 21 September 2014

SETAPAK DEMI KEHAMILAN - LANGKAH KETUJUH



Langkah 7: Dibantu Teknik Reproduksi

Jika pasangan itu mengeluarkan telur dan sperma yang cukup sihat serta  tiub fallopio adalah dalam keadaan normal, maka masalah itu mungkin menjadi salah satu persenyawaan.

Terdapat pelbagai teknik moden untuk membantu proses semula jadi persenyawaan sepert persenyawaan di dalam tabung uji (ini dipanggil persenyawaan in vitro - IVF) dan beberapa teknik lagi yang melibatkan kemasukkan sperma secara manual ke dalam badan wanita, bersama-sama dengan peningkatan bilangan telur yang dikeluarkan pada masa ovulasi, untuk persenyawaan berlaku (ini adalah dipanggil ovulasi super digabungkan dengan inseminasi kontrasepsi sbb - IUI).  Antara lain-lain teknik termasuklah suntikan sperma intracytoplasmic (ICSI)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...